Pengisytiharan Awal Ramadan 1443H/2022M Bagi Singapura

KENYATAAN MEDIA

1 April 2022

Mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi, serta tidak mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara negara anggota MABIMS. Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Syaaban sebanyak 30 hari. Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan bagi tahun 1443H jatuh pada lusa, Ahad bersamaan 3 April 2022.

Bersempena dengan kedatangan bulan suci Ramadan, saya mengucapkan kepada sekalian kaum Muslimin Muslimat Singapura selamat berpuasa dan beribadat dengan penuh penghayatan serta keihsanan. Semoga bulan suci dan mulia ini melahirkan umat Islam yang berjaya dan cemerlang di dunia, dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Sekian, Wassalamualaikum Wr Wb.

DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI