Muis Office and Counter Services will be closed on Wednesday, 8 May 2024 from 1pm due to a corporate event. Normal operations will resume on 9 May 2024. We apologise for any inconvenience caused. Thank you.
KENYATAAN MEDIA
1 Mei 2022
Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS.
Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1443H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada lusa, Selasa bersamaan 3 Mei 2022.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin dan Muslimat di Singapura “Selamat Hari Raya Aidilfitri”. Saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan. Semoga Allah s.w.t. menerima segala amal kebajikan kita sepanjang Ramadan, dan sentiasa memlihara umat Islam Singapura. Pastikan anda terus berhati-hati ketika beraya nanti.
DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI