Muis Office and Counter Services will be closed on Wednesday, 8 May 2024 from 1pm due to a corporate event. Normal operations will resume on 9 May 2024. We apologise for any inconvenience caused. Thank you.
KENYATAAN MEDIA
22 Mac 2023
Mengikut kiraan hisab yang berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan berada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 38 minit. Suka saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan tahun 1444H bermula esok, Khamis bersamaan 23 Mac 2023.
Izinkan saya mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan mulia Ramadan. Semoga bulan ini mendatangi kita dengan keamanan, keimanan dan keselamatan, serta dapat kita laksanakan apa yang disukai dan diredhai Allah s.w.t.
Wassalamualaikum Wr Wb.
DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI SINGAPURA