Pengisytiharan Awal Syawal 1444H/2023M Bagi Singapura

KENYATAAN MEDIA

20 April 2023

Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi.

Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1444H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada lusa, Sabtu bersamaan 22 April 2023.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian umat Islam Singapura “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin” di atas segala kekurangan. Semoga masyarakat Islam kita akan terus bersatu dalam menangani segala ujian dan cabaran dengan sikap rahmah dan keihsanan.


DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI