Pengisytiharan Awal Syawal 1445H/2024 Bagi Singapura

9 April 2024

Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 32 minit setelah matahari terbenam petang tadi.

Oleh yang demikian, suka saya mengisytiharkan bahawa satu hari bulan Syawal bagi tahun 1445H jatuh pada esok, Rabu bersamaan 10 April 2024.

Izinkan saya mengucapkan kepada sekalian umat Islam Singapura “Selamat Hari Raya Aidilfitri”. Semoga Allah s.w.t. menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan dan mengurniakan kita keberkatan dan kejayaan pada Hari Raya ini.


DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI SINGAPURA