Pengisytiharan Awal Zulhijjah 1445H/2024M bagi Singapura

KENYATAAN MEDIA

7 Jun 2024

Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 49 minit setelah matahari terbenam petang tadi. Ini bererti, awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1445H jatuh pada esok, Sabtu bersamaan 8 Jun 2024.

Sukacita saya mengisytiharkan bahawa Eidul Adha, iaitu Hari Raya Haji, jatuh pada hari Isnin bersamaan 17 Jun 2024.

Marilah kita menyambut kedatangan bulan Zulhijjah dengan amal kebajikan, serta mendoakan agar jemaah Haji dikurniakan keselamatan dan ibadat yang mabrur. Hayatilah erti pengorbanan di sebalik Eiduladha, dan sambutlah ia dengan penuh keihsananan.


DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI