Apakah hukumnya jika sebuah kawasan perkuburan Islam yang telah lama tidak digunakan sejak 50 tahun diambil untuk projek pembinaan dan kubur-kubur itu digali. Saki baki mayat dikebumi semula di perkuburan Islam yang lain (dipindahkan)?
1. Hukumnya harus dengan syarat penggalian itu untuk maslahat bagi yang meninggal dunia atau bagi yang hidup. Keterangannya sepertimana yang tersebut dalam 2 hadis yang membolehkan mayat itu digali.
Pada keesokkan harinya aku dapati dia di antara yang telah mati. Kemudian mayat itu dikebumi dengan seorang mayat lain di dalam satu kubur. Aku tidak sedap hati untuk meninggalkan dia dalam kubur itu bersama-sama mayat orang lain, setelah 6 bulan aku gali semula dan aku perintahkan supaya ia dikebumi di perkuburan yang lain.
Dari kedua-dua hadis tadi, maka teranglah dalil untuk menggali mayat orang-orang Islam yang telah dikuburkan.
Jawatankuasa Fatwa bersetuju atas penggalian dan penanaman semula jenazah orang-orang Islam dengan syarat ada maslahat untuk si mati atau yang hidup.
Keputusan Fatwa 28 April 1973
SYED ISA BIN MOHAMED BIN SEMAIT
PENGERUSI, JAWATANKUASA FATWA
MUFTI NEGARA SINGAPURA
MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA