There will be a scheduled maintenance from 21 December 2024, 10pm to 22 December 2024, 6am. During this period, access to the Muis website may be temporarily unavailable. We apologise for any inconvenience caused.
Jawatankuasa Fatwa telah mengulas kembali fatwa berkenaan pembayaran Zakat ke atas emas perhiasan pada mesyuarat yang ke 7, bertarikh 9 Jun 2011.
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وإمام المتقين نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه . وبعد ،
1لَيْسَ فِي الحُلِّي زَكَاة.
Yang bermaksud : “Tiada zakat dalam perhiasan.”
Juga hadis yang diriwayatkan Imam Malik di dalam Al-Muwatta’ :
أخبرنا مالك عن عبد الرحمن بن قاسم عن أبيه : أَنَّ عَائِشَةَ كَانَتْ تَلِي بَنَات أَخِيْهَا يَتَامَى فِي حِجْرِهَا لَهُنَّ حُلِّي فَلاَ تَخْرُج مِنْ حُلِيِّهِنَّ الزَّكَاة.
Yang bermaksud: Aisyah r.a pernah memakaikan beberapa anak saudaranya yang yatim emas perhiasan, lalu beliau tidak mengeluarkan zakat emas keatasnya.
Penggunaan emas perhiasan yang melampaui batas.
3 عن النبي (ص) : كُلُوا وَاشْرَبُوا وَالبَسُوا مِنْ غَيْرِ سَرف وَلاَ مَخِيلَة
Yang bermaksud : Makanlah, minumlah dan pakailah dengan tanpa ada pembaziran ataupun berbangga-bangga.
5وعَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ امْرَأَةً أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَهَا ابْنَةٌ لَهَا ، وَفِي يَدِ ابْنَتِهَا مَسَكَتَانِ (إسورتان) غَلِيظَتَانِ مِنْ ذَهَبٍ ، فَقَالَ لَهَا : أَتُعْطِينَ زَكَاةَ هَذَا ؟ قَالَتْ : لا . قَالَ: أَيَسُرُّكِ أَنْ يُسَوِّرَكِ اللَّهُ بِهِمَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سِوَارَيْنِ مِنْ نَارٍ ؟.
Yang bermaksud: Dari Amru ibn Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Beliau berkata: “Seorang wanita bertemu Nabi s.a.w. dengan membawa anak gadisnya. Di tangan anaknya terdapat dua bentuk gelang emas yang tebal.6” Maka Nabi s.a.w. berkata kepadanya: “Adakah kamu mengeluarkan zakat perhiasan ini?” Wanita tersebut menjawab: “Tidak.” Maka Nabi bersabda: “Adakah kamu ingin Allah s.w.t memakaikanmu dua bentuk gelang dari api pada hari Kiamat?.”
Definasi Kadar Batas Uruf.
قال أصحابنا : كل حلي أبيح للنساء فإنما يباح إذا لم يكن فيه سرف ظاهر ، فإن كان كخلخال وزنه مائتا دينار، فالصحيح الذي قطع به معظم العراقيين تحريمه
Yang bermaksud: “Sebahagian dari Ulama Syafieiyah berkata: Semua jenis emas di benarkan bagi wanita. Ianya dibenarkan bagi mereka selagi mana tidak terdapat pembaziran jelas di dalam pengunaan emas. Sekiranya emas perhiasan itu berbentuk gelang yang beratnya 200 dinar, maka yang sahih yang diputuskan oleh kebanyakan fuqaha Syafieyah di Iraq adalah mengharamkan pengunaannya.”
Emas perhiasan yang disimpan sebagai pelaburan.
قال أصحابنا ولو اتخذ حليا ولم يقصد به استعمالا محرما ولا مكروها ولا مباحا بل قصد كنزه واقتناءه فالمذهب الصحيح المشهور الذى قطع به المصنف والجمهور وجوب الزكاة فيه
Ertinya: Sahabat kami (Ulama Syafieyah) berpendapat sekiranya seseorang memiliki emas perhiasan, dan dia tidak bermaksud untuk menggunakannya, samada pada penggunaan yang dilarang, yang makruh, ataupun yang dibenarkan; akan tetapi niatnya adalah untuk menyimpannya dan memilikinya sahaja, maka pendapat yang sahih yang diputuskan oleh As-Syirazi dan Jumhur adalah zakat diwajibkan ke atasnya
Sesuai dengan ini Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa emas perhiasan yang disimpan sebagai pelaburan diwajibkan zakat ke atasnya apabila ia mencap kadar nisab 86 gram dan zakat wajib dikira daripada jumlah keseluruhan timbangan emas tersebut
الله أعلم ، وبالله التوفيق ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
DR MOHAMED FATRIS BAKARAM
MUFTI NEGARA SINGAPURA
PENGERUSI, JAWATANKUASA FATWA
MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
1 Hadith diriwayatkan oleh Ibn Jauzi dalam al-Tahqiq. Lihat al-Hadi, Tanqih al-Tahqiq fi Ahadith al-Ta’liq, Beirut, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah, Cetakan pertama, 1998, Jilid. 2, ms 136.
2 Uruf :Adalah kebiasaan sebuah masyarakat.
3 Disebutkan oleh Imam Al-Bukhari melalui hadis ini di dalam bab Allah s.w.t. berfirman dalam Quran:
زِينَةَ اللَّهِ الَّتِى أَخْرَجَ لِعِبَادِه. قُلْ مَنْ حَرَّمَ
4 Al-Qardhawi, Yusuf, Fiqh al-Zakah, Beirut, Mua’sasah Ar-Risalah, Cetakan keenam, 1981-1401H, ms 308 & 309.
5 Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, Beirut, Dar Ibn Hazm, Cetakan pertama, 2005/1426H, Hadith no. 1563, ms 743. An-Nasai, Sunan an-Nasai, Riyahd, Bait Al-Afkar, ms. 268, hadith no. 2479.
6 Kalimat yang digunakan perawi hadis tersebut untuk menyifatkan jenis gelang yang digunakan ialah (غليظتان) ianya bermaksud: Tebal. Oleh itu gelangemas yang digunakan wanita tersebut adalah tebal, dan ia nya menyalahi kebiasaan manusia.
7 An-Nawawi, Al-Majmu’ SharhulMuhazzab, Jeddah, Maktabah Al-Irshad, jilid. 5, ms. 523.
8 An-Nawawi, Al-Majmu’ SharhulMuhazzab,Op. Cit.,jlid. 5, ms. 520.