- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Irsyad
- Part 9 - Advisory on funeral prayers during phase 2 (Malay)
Part 9 - Advisory on funeral prayers during phase 2 (Malay)
Irsyad (panduan agama) pelaksanaan solat jenazah semasa fasa kedua.
Pendahuluan
Irsyad ini merupakan tambahan terkini dari Irsyad yang lalu (bertarikh 10 April 2020)1, berikut adalah penerangan lanjutan bagi mendirikan solat jenazah dalam fasa kedua menangani penularan wabak COVID-19:
Secara prinsip, jumlah individu yang menguruskan jenazah perlulah dihadkan kepada jumlah yang minima.
Solat jenazah yang dijalankan di dalam rumah, perlu mematuhi panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) di mana 5 pelawat sahaja yang dibenarkan untuk melawat ke satu rumah pada satu masa. Di samping itu, segala peraturan jarak selamat perlu dipenuhi semasa menunaikan solat jenazah di rumah, dan sekiranya ruang solat terhad, keluarga almarhum dinasihatkan untuk menghubungi masjid-masjid tertentu untuk menunaikan solat jenazah.
Solat jenazah yang dilakukan di masjid-masjid tertentu,2 selain dari mematuhi langkah-langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan di masjid-masjid, seperti mendaftarkan diri, pemeriksaan suhu badan, pernyataan kesihatan dan perjalanan, beberapa panduan berikut juga perlu dipatuhi:
ahli keluarga perlu menghubungi masjid-masjid terlebih dahulu untuk mengenalpasti jika terdapat ruang untuk melaksanakan solat jenazah;
solat jenazah dilaksanakan di luar waktu solat berjemaah;
jumlah orang yang menghadiri solat jenazah tidak boleh melebihi 30 individu (tidak termasuk imam yang memimpin solat) setiap sesi;
solat jenazah boleh dilaksanakan sebanyak 2 sesi;
mengamalkan jarak selamat dan memakai pelitup muka.
Jumlah mereka yang mengiring jenazah ke tanah pengebumian, tidak boleh melebihi 30 individu (tidak termasuk anggota syarikat pengurusan jenazah).
Sekiranya ahli keluarga ingin membaca tahlil setelah selesai pengebumian, perlu memastikan bahawa hanya 5 individu yang bukan serumah (termasuk seorang Ustaz/Imam yang diundang) boleh menyertai bacaan tahlil.
Langkah-langkah yang diperkenalkan ini adalah langkah pencegahan yang penting demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai dalam membendung penularan wabak ini daripada berterusan. Kita mendoakan agar Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh-roh mereka yang telah pergi dalam situasi yang mencabar ini, dan semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama para solehin. Amiin.
17 September 2020
Pejabat Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura
Annex A
Masjid Al-Ansar
Masjid Al-Islah
Masjid Al-Mawaddah
Masjid Alkaff Kampung Melayu
Masjid Darul Aman
Masjid Darul Ghufran
Masjid Kampung Siglap
Masjid Al-Istiqamah
Masjid Al-Muttaqin
Masjid An-Nadhah
Masjid An-Nur
Masjid Assyafaah
Masjid Darul Makmur
Masjid En-Naeem
Masjid Muhajirin
Masjid Yusof Ishak
Masjid Al-Iman
Masjid Al-Khair
Masjid Ar-Raudhah
Masjid Assyakirin
Masjid Maarof
Masjid Pusara Aman
Masjid Anggulia
Masjid Jame Chulia
Masjid Mujahidin
Masjid Sultan
[1] Advisory on conducting funeral prayers during circuit breaker period (Malay)
[2] Sila rujuk ke Annex A bagi senarai masjid-masjid.