- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Adab Berpuasa di Bulan Ramadan
Adab Berpuasa di Bulan Ramadan
28 February 2025
“Barangkali, orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya, melainkan rasa lapar. Dan barangkali, orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya, melainkan hanya berjaga malam.” (Riwayat Ibn Majah)

Mungkin kita menganggap puasa kita terlaksana, apabila berjaya menahan diri daripada perbuatan yang membatalkan puasa, seperti makan dan minum, selama hampir 13 jam sehari.
Namun, secara sedar atau tidak, andai kita masih melakukan perkara-perkara yang merosakkan pahala puasa, meskipun ia tidak membatalkannya, maka tergolonglah kita dalam kalangan mereka yang digambarkan dalam hadis tadi, yakni yang tidak mendapatkan apa-apa daripada ibadah puasa kita, melainkan rasa lapar dan dahaga.