- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Islam dan Kehidupan: Agama dan tanggungjawab sosial
Islam dan Kehidupan: Agama dan tanggungjawab sosial
12 March 2021

Daripada pelbagai pengajaran yang kita pelajari daripada agama Islam, ada satu pengajaran yang begitu penting. Ia berkaitan dengan agama dan realiti kehidupan, yang tidak akan pernah terpisah. Agama mendidik agar kita memerhatikan tanggungjawab kita kepada Allah, kepada diri sendiri serta kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Walaupun keadaan kita bertambah baik sekarang ini, kita masih lagi menghadapi ancaman penularan wabak. Ia belum berakhir lagi. Kita masih perlu terus melakukan penyesuaian yang sewajarnya. Tambahan daripada itu, dengan vaksin COVID-19 yang sudah mula diedarkan, ia adalah peluang kita untuk mempertingkatkan tanggungjawab sosial kita. Kerana dengan mengambil vaksin, kita telah berikhtiyar untuk memastikan bahawa diri kita, ahli keluarga dan masyarakat kita kekal terpelihara.
Maka janganlah kita menjadi sebab wabak ini berlanjutan hanya kerana kita masih lagi was-was mahupun keliru dengan vaksin. Hasil daripada khabar-khabar palsu dan maklumat yang tidak tepat yang kita dengar di media sosial. Sebagai umat Islam inilah masanya untuk kita berusaha dan tawakkal. Dengan niat ikhlas dan usaha kita semua, marilah kita mengambil vaksin apabila tiba giliran kita.
Islam dan Kehidupan: Agama dan tanggungjawab sosial [PDF, 340 KB]
Islam dan Kehidupan: Agama dan tanggungjawab sosial (Jawi) [PDF, 237 KB]