- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Islam dan Nilai Keinsanan
Islam dan Nilai Keinsanan
11 June 2021

Agama kita membawa nilai-nilai yang sangat murni ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan kehidupan. Ia memupuk sikap kesaksamaan di antara kita, bahawa tiada manusia yang lebih mulia dari yang lain kecuali dengan takwanya.
Allah (s.w.t.) menyebutkan beberapa sifat yang terpuji yang dibalas-Nya dengan keampunan serta pahala yang besar. Di antaranya adalah sifat kesabaran, sifat merendah diri kepada Allah dan sifat seorang yang banyak mengingati Allah (s.w.t.).
Keagamaan yang sempurna, adalah apabila tambahan daripada menjaga amalan, kita berjaya menjaga adab serta pekerti dalam pergaulan seharian.