- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Islam Menolak Segala Bentuk Kezaliman
Islam Menolak Segala Bentuk Kezaliman
10 November 2023

Kezaliman itu bercanggah sama sekali dengan prinsip utama syari’ah, iaitu prinsip keadilan. Maka segala jenis kezaliman serta keganasan yang berlaku terhadap manusia, lebih-lebih lagi terhadap nyawa manusia, adalah ditolak sama sekali oleh agama.
Sesungguhnya agama ini tidak melarang umatnya untuk menzahirkan kesedihan dan menyuarakan keprihatinan. Bahkan Nabi (s.a.w.) sendiri bersedih ketika kematian anaknya, Ibrahim.
Yang diperintahkan agama adalah untuk memastikan segala reaksi dan perasaan itu, dipandunya ke arah yang selari dengan panduan agama. Iaitu dengan memilih untuk mengarahkannya ke arah yang lebih positif.
Download Islam Menolak Segala Bentuk Kezaliman (Jawi) [PDF, 393 KB]
Download Islam Menolak Segala Bentuk Kezaliman [PDF, 436 KB]