- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Kisah Nabi Yusuf (a.s): Pengajaran Dalam Menguruskan Harta
Kisah Nabi Yusuf (a.s): Pengajaran Dalam Menguruskan Harta
15 September 2023

Nabi Yusuf (a.s) diberikan kepercayaan oleh raja Mesir untuk menjadi bendahara negara kerana memiliki dua sifat yang amat penting terdapat pada diri setiap individu. Yang pertama iaitu: Sifat hafiz yang bererti menjaga apa yang dipertanggungjawabkannya. Dan yang kedua: Sifat aliim yang bererti pengetahuannya dalam cara menguruskan wang
Segalanya bermula daripada sikap berhemat dalam berbelanja. Membeli sesuatu hanya mengikut keperluan dan memikirkan manfaat jangka panjang bagi perbelanjaan itu. Usah membeli-belah hanya sesuka hati atau membeli perkara yang tidak dapat memberikan apa-apa kemudahan buat diri kita.
Bagi mereka yang berkemampuan pula, bantulah saudara kita yang berada di dalam kesusahan terutamanya kepada kaum kerabat kerana ia merupakan antara kunci kita ke syurga.
Download Kisah Nabi Yusuf (a.s): Pengajaran Dalam Menguruskan Harta (Jawi) [PDF, 326 KB]
Download Kisah Nabi Yusuf (a.s): Pengajaran Dalam Menguruskan Harta [PDF, 133 KB]