- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Memperhalusi adab dalam solat
Malay/Jawi
Memperhalusi adab dalam solat
21 February 2025
Dengan Ramadan kembali menjelang pada hujung minggu hadapan, masjid-masjid akan dimakmurkan dengan pelbagai acara.

Dengan Ramadan kembali menjelang pada hujung minggu hadapan, masjid-masjid akan dimakmurkan dengan pelbagai acara. Manakala malam-malam Ramadan akan dihidupkan dengan ibadah solat terawih, tadarus dan qiyamullail. Oleh itu, sebelum ia bermula, mimbar pada minggu ini dan minggu hadapan akan memberikan tumpuan khas, mempersiapkan setiap di antara kita untuk menerima kunjungan bulan Ramadan, dengan berbekalkan ilmu dan adab yang betul.