- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Memupuk Sifat Syukur
Memupuk Sifat Syukur
4 February 2022

Sebaik-baik kisah yang patut diteladani oleh seorang Muslim adalah kisah Para Anbiya’ yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kisah-kisah tersebut mengandungi petunjuk dan pelajaran yang baik bagi seorang Muslim untuk menjalani kehidupan mereka di dunia.
Di antara sebab Nabi Sulaiman (a.s.) disifatkan dalam Al-Quran sebagai seorang berilmu dan berhikmah adalah kerana beliau mengetahui hakikat sesuatu nikmat dan meletakkannya pada tempat yang sesuai dan munasabah.
Syukur bukanlah hanya terletak pada lisan dengan mengucapkan “Alhamdulillah”. Akan tetapi, hakikat syukur itu adalah apabila sesuatu nikmat itu diletakkan pada tempatnya untuk mencapai keredaan Allah (s.w.t.).