- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Mencontohi Baginda s.a.w.: Sifat Membantu dan Memberi
Mencontohi Baginda s.a.w.: Sifat Membantu dan Memberi
23 October 2020

Rasulullah s.a.w. terkenal dengan sikap yang suka membantu dan memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Baginda s.a.w. sentiasa sedia untuk membantu dan tidak pernah menolak permohonan bantuan daripada sesiapa pun.
Semangat menghulurkan bantuan sebegini perlu disemai dalam diri kita. Kerana melalui bantuan yang dihulurkan ia sebenarnya membuka pelbagai pintu kebaikan bukan sahaja buat individu tersebut, bahkan ia sebenarnya memberi kebaikan bagi masyarakat.
Semangat membantu tidak hanya terbatas pada aspek kewangan. Sifat memberi merangkumi segala bentuk kebaikan, sama ada mendoakan kesejahteraan saudara kita, menyiapkan keperluan mereka yang memerlukan, dan sebagainya. Allah tidak melihat besar atau kecil sumbangan kita itu, yang paling utama adalah keikhlasan kita dalam menyumbang kebaikan.
Mencontohi Baginda s.a.w.: Sifat Membantu dan Memberi [PDF, 287 KB]
Mencontohi Baginda s.a.w.: Sifat Membantu dan Memberi (Jawi) [PDF, 176 KB]