- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Menghadirkan Keihsanan Bersama Keluarga
Menghadirkan Keihsanan Bersama Keluarga
10 September 2021

Sikap ihsan dan kelembutan ini sudah semestinya harus bermula daripada rumah ketika berinteraksi bersama ahli keluarga. Ini kerana rumah merupakan tempat di mana seharusnya wujud suasana yang tenang serta aman. Ia adalah tempat kita menyuburkan rasa kasih sayang bersama ahli keluarga.
Segala jenis tindakan keganasan di dalam keluarga, sama ada secara fizikal, seperti penderaan, ataupun tekanan secara emosi serta mental, bukanlah di antara ciri seorang Muslim yang sejati.
Di sinilah letaknya peranan kita untuk menangani isu ini bersama. Sekiranya kita mendapat berita atau mengetahui mereka yang sedang mengalami keganasan rumahtangga, maka laporkanlah kepada pihak-pihak yang berkuasa seperti Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
Menghadirkan Keihsanan Bersama Keluarga [PDF, 246 KB]
Menghadirkan Keihsanan Bersama Keluarga (Jawi) [PDF, 157 KB]