- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Menjaga komunikasi antara Keluarga
Menjaga komunikasi antara Keluarga
14 July 2023

Agama mendorong agar kita sentiasa memerhatikan siapa yang dijadikan teman serta sahabat. Sebagaimana Nabi (s.a.w) bersabda yang bermaksud: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama teman dekatnya. Hendaklah kamu memerhatikan, siapa yang dijadikan teman dekatnya.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). Kerana seseorang itu pasti akan terkesan dengan lingkungannya.
Kepelbagaian wadah media sosial dan sistem komunikasi memberi kita banyak manfaat. Akan tetapi, ia juga memberi peluang kepada sebahagian individu untuk menyalahgunakan wadah-wadah ini untuk menyebarkan gejala-gejala yang tidak sihat. Di antaranya, seperti penyalahgunaan dadah. Kerana penyalahgunaan segala jenis dadah adalah dilarang agama. Ia menyalahi prinsip pemeliharaan nyawa, jiwa dan akal yang amat dititikberatkan Islam.
Download Sikap Rahmah Dalam Kehidupan Berkeluarga (Jawi) [PDF, 278 KB]