- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Pengajaran di sebalik Israk dan Mikraj
Pengajaran di sebalik Israk dan Mikraj
25 February 2022

Bulan Rejab adalah salah satu daripada empat bulan haram yang dimuliakan oleh Allah (s.w.t.). Pada minggu terakhir bulan Rejab, umat Islam akan memperingati suatu peristiwa besar yang pernah dialami oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) iaitu peristiwa Israk dan Mikraj yang menurut kebanyakan ulama, berlaku pada 27 Rejab.
Israk ialah perjalanan Baginda (s.a.w.) dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Manakala Mikraj adalah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Melalui peristiwa Israk dan Mikraj ini, Baginda (s.a.w.) mendapat perintah solat wajib lima waktu sehari semalam, yang mana nilai ganjarannya disamakan dengan 50 waktu.
Download Pengajaran di Sebalik Israk dan Mikraj (Jawi) [PDF, 290 KB]