- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Perancangan harta: Menjamin Kesejahteraan Keluarga
Perancangan harta: Menjamin Kesejahteraan Keluarga
19 November 2021

Jika kita lihat kepada sirah Rasulullah (s.a.w.), kita akan dapati bahawa Rasulullah (s.a.w.) adalah seorang yang sentiasa merancang sebelum melakukan sesuatu perkara dalam kehidupannya.
Setiap di antara kita mempunyai keadaan serta kedudukan kewangan yang berbeza-beza. Keperluan sebuah keluarga tidak akan pernah sama dengan yang lain. Oleh itu, di sini letaknya kepentingan sikap bijak dalam membezakan antara perkara yang diketegorikan sebagai ‘keperluan’ dan juga ‘kemahuan atau kehendak’.
Ini kerana apabila kita gagal menentukan keutamaan kita, ianya dapat mengakibatkan pembaziran dan kerugian yang besar baik dari segi kebendaan, kewangan, tenaga dan bermacam lagi. Oleh itu, seharusnya kita mendahulukan keperluan-keperluan utama, seperti memberikan pendidikan setinggi mungkin kepada anak, perbelanjaan dan bil rumah, nafkah anak dan sebagainya.
Perancangan harta: Menjamin Kesejahteraan Keluarga [PDF, 205 KB]
Perancangan harta: Menjamin Kesejahteraan Keluarga (Jawi) [PDF, 156 KB]