- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Rasa Syukur kepada Allah s.w.t.
Rasa Syukur kepada Allah s.w.t.
27 March 2020

Kita menzahirkan syukur kita kepada Allah dengan zikir-zikir dan doa-doa harian. Sebutkan Alhamdulillah dalam semua hal. Zahirkan rasa syukur ini. Basahi lidah kita, terangi hati kita dengan sentiasa menyebutkan Alhamdulillah, pada waktu senang dan waktu susah.
Kita terjemahkan syukur kita dengan perbanyakkan amalan-amalan baik, yang wajib dan yang sunnat. Kita malu dan insaf kepada Allah. Amalan-amalan kita tidak mampu membayar balik kurniaan Allah pada kita.
Kita beribadah kepada Allah dengan rasa rendah diri dan insaf meminta pertolongan dari Allah dalam kita mengharungi ujian ini. Ini dengan kita perbanyakkan amalan-amalan soleh dan kebaikan-kebaikan.
Rasa Syukur kepada Allah s.w.t. (Jawi) [PDF, 159 KB] [versi penuh)
Rasa Syukur kepada Allah s.w.t. (Jawi) [PDF, 157 KB] [versi ringkas)
Rasa Syukur kepada Allah s.w.t. [PDF, 150 KB] [versi penuh)
Rasa Syukur kepada Allah s.w.t. [PDF, 150 KB] [versi ringkas)