- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Semangat Berjuang Dan Positif
Semangat Berjuang Dan Positif
24 July 2020

Dia mengingatkan insan agar sentiasa peka dan akur bahawa kita semuanya merupakan hamba Tuhan. Berada di bawah pemilikannya. Tuhan tidak akan sekali-kali memudaratkan hamba-hambaNya. Dari itu, kalimat suci tersebut, sebenarnya merupakan panduan untuk sentiasa berfikiran positif. Lebih-lebih lagi di saat ujian datang melanda.
Seorang yang positif dapat menerima sebarang perubahan dengan hati yang terbuka. Beliau redha dengan sebarang ketentuanNya. Beliau turut meyakini bahawa setiap sesuatu itu mempunyai hikmah disebaliknya.
Sungguh pantas masa berlalu, kita telah pun memasuki bulan Zulhijjah yang mulia. Maka marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadah dan amal soleh. Semoga melaluinya, Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kita rahmatNya dan jalan keluar bagi ujian ini.