- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Sikap Empati - Penjagaan Anak
Sikap Empati - Penjagaan Anak
30 June 2023

Antara perkara yang sangat dititikberatkan oleh agama kita adalah sikap prihatin sesama manusia. Tidak kira yang dewasa mahupun yang muda.
Sebagai contoh, ada anak-anak yang diabaikan, dan ditinggalkan oleh ibu bapa mereka sendiri. Ataupun ibu dan ayah mereka tidak layak untuk menjaga anak tersebut. Sedangkan anak tersebut amat memerlukan kepada rumah yang aman, serta keluarga yang boleh memenuhi keperluan seharian mereka.
Namun, apakah peranan yang boleh kita laksanakan terhadap mereka? Bagi mereka yang mempunyai kesenangan serta kelebihan yang Allah kurniakan. Pertimbangkanlah untuk menjaga kanak-kanak tersebut.