- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Ukhwah Teras Masyarakat
Malay/Jawi
Ukhwah Teras Masyarakat
26 July 2024

Kehebatan kepimpinan Rasulullah s.a.w. telah berjaya mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga menjadikan institusi masjid sebagai pusat kehidupan beragama dan bermasyarakat. Terdapat dua iktibar penting daripada peristiwa ini:
Pertama: Kepentingan memupuk ukhwah atau persaudaraan dalam membina masyarakat yang kukuh.
Kedua: Kepentingan menjadikan institusi agama seperti masjid sebagai pusat utama dalam memperkasakan sebuah masyarakat.