Address by Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir in Conjunction with Asatizah Hari Raya 2021

TEKS PERUTUSAN MUFTI 

SEMPENA PERJUMPAAN HARI RAYA BERSAMA ASATIZAH 2021


ADDRESS BY MUFTI

IN CONJUNCTION WITH ASATIZAH HARI RAYA 2021



Kepimpinan Keagamaan di dalam Menghadapi Cabaran dan Krisis 


Moral Leadership in the face of Challenges and Crisis

Pendahuluan

Para Asatizah yang dihormati dan dikasihi sekalian, izinkan saya membuka perbicaraan saya di dalam Bahasa Melayu ini dengan beberapa rangkap pantun:


Pohon selasih tumbuh di taman

Harumnya terukir dalam ingatan

Ramadan melatih erti pengorbanan

Laungan takbir lambang kesyukuran

 

Kalimat disusun menjadi puisi

Bait seloka bahan hiburan

Maaf dipohon seikhlas hati

Menghapus dosa di tapak tangan

Selanjutnya, bersempena pertemuan kita di bulan Syawal yang penuh dengan kemuliaan ini, izinkan saya untuk mengucapkan kepada Asatizah sekalian: Selamat Hari Raya Eidul-Fitri. Maaf zahir dan batin. Semoga Allah terus mengurniakan kita ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi segala ujian dan cabaran kehidupan. Tahun ini adalah kali kedua kita terpaksa bertemu di alam maya dalam menyambut Eidul Fitri. Namun, kita sertakan doa dan harapan agar kita dapat bersua dengan lebih mesra pada masa akan datang apabila suasana yang lebih selamat dan sejahtera Insya-Allah.


Penghargaan


2 Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Asatizah yang telah menunjukkan kecekalan dan ketabahan membimbing masyarakat di tengah-tengah suasana yang mencabar dan tidak menentu. Para Asatizah yang berada di barisan hadapan di masjid-masjid, madrasah-madrasah mahupun di organisasi-organisasi Islam juga telah membuat banyak pengorbanan. Saya yakin semua usaha baik ini tidak sia-sia. Bahkan, ia akan melahirkan daya tahan dan kekuatan yang akan membantu kita untuk mengatasi cabaran-cabaran mendatang.


Mengambil Inspirasi dari Lipatan Sejarah

Para asatizah yang dihormati sekelian,


3 Jika kita mengimbas kembali lembaran sejarah Islam, kita dapati ia penuh dengan keadaan yang sangat mencabar dan memerlukan kepimpinan yang berhikmah, bersifat rahmah dan berkesan. Begitu juga sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. banyak mengisahkan tentang kesukaran, krisis serta konflik. Namun, kita melihat wawasan kepimpinan Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Mereka membuat keputusan berdasarkan keutamaan pada masa itu demi memelihara maslahat umat. Adakalanya, sahabat Nabi s.a.w. tidak dapat memahami. Bahkan ada yang mempersoalkan keputusan yang diambil oleh Baginda s.a.w. Namun, hikmah Baginda s.a.w. dalam membuat pilihan yang sukar jelas terbukti pada kemudian hari. Di awal Islam, Baginda s.a.w mengarahkan para sahabat berhijrah ke bumi Habsyah di bawah naungan pemimpin yang adil demi keselamatan dan kesejahteraan mereka. Baginda s.a.w. memaafkan mereka yang pernah menyakiti dan menzalimi baginda dan umat Islam. Ini juga demi memelihara keamanan dan kesejahteraan. Ini kerana risalah Baginda s.a.w adalah risalah keadilan bukan kezaliman, perdamaian bukan permusuhan, dan kemaafan bukannya dendam.

Kepimpinan Moral Dalam Menghadapi Krisis

4 Sekarang ini, kita juga sedang berhadapan dengan cabaran yang begitu besar yang akan terakam di dalam lembaran sejarah. Generasi akan datang akan membaca dan menilai sejarah ini. Mereka akan membincangkan kepimpinan keagamaan tatkala situasi sangat runcing dan tatkala krisis melanda. Seperti yang kita pelajari melalui sirah Nabi Muhammad s.a.w., krisis serta cabaran memerlukan kebijaksanaan keputusan dan hikmah kepimpinan. Sebagai Asatizah, kita berkewajipan membimbing dan memimpin masyarakat agar dapat menjalani kehidupan agama yang baik dan bermakna pada setiap saat dan ketika. Dan supaya mereka dapat mengimbangi di antara tuntutan agama dan keperluan kehidupan di dunia. Maka kesan kepimpinan kita sebagai barisan asatizah sangat besar dan sangat mendalam. Apabila panduan dan bimbingan kita relevan dan membina, masyarakat akan terus meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada kepimpinan Asatizah. Namun, seperti yang kita saksikan, dengan cabaran hidup yang semakin rumit, dan masa depan yang semakin tidak pasti, memberi panduan dan bimbingan bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak perkara tidak sejelas apa yang kita atau masyarakat inginkan. Ini ada kesan dan impaknya. 


5 Apabila masyarakat mula meragukan kualiti serta kredibiliti kepimpinan kita, kepercayaan mereka pada kita akan menjadi pudar dan lemah. Sememangnya, kepimpinan bukanlah sesuatu yang terjamin buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi pada hari ini di mana terdapat banyak suara dan pandangan dari pelbagai sumber dan tempat – tidak ada batasan. Jika masyarakat hilang kepercayaan dan keyakinan mereka pada kita, mereka tidak akan teragak-agak untuk menggantikan kita dengan alternatif yang lain. Bahayanya adalah apa yang ditawarkan sebagai pengganti ini mungkin bercanggah dengan konteks situasi kita serta keperluan masyarakat kita. Oleh itu, kepimpinan keagamaan yang berkesan serta dipercayai sangatlah penting ketika berhadapan dengan krisis. Bagaimanakah kita dapat memastikan kepimpinan keagamaan hari ini boleh diterima serta mampu memberi solusi kepada masyarakat? Saya berpandangan kepimpinan keagamaan memerlukan tiga ciri yang penting: Integriti, Keberanian, dan Empati.

 

Kepimpinan Berteraskan Integriti

6 Pertama, Integriti. Para pemimpin akan dipercayai dan dihormati sekiranya mereka memiliki kewibawaan yang berintegriti. Para Asatizah tidak terkecuali sama sekali. Kemampuan ilmiah, penghafalan al-Quran dan hadith, mahupun penampilan diri kita yang terzahir kepada orang awam, semuanya belum lagi dapat menjamin kepercayaan masyarakat, jika integriti dalam diri kita dipersoalkan. Kepercayaan serta keyakinan orang awam terhadap para asatizah bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadinya.  Ia terhasil apabila kita memahkotakan kepercayaan mereka dan kita menyanjungi amanah ini dengan integriti dan akhlaq yang tertinggi. 

7 Bagaimanakah kita ingin membimbing masyarakat untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah sedangkan kelakuan kita sendiri sangat jauh dari mencapai keredhaanNya?  Bagaimanakah mungkin kita dapat memimpin orang lain sedangkan jiwa kita sendiri tercemar dengan sifat-sifat mazmumah yang tidak kita perbaiki? Bagaimana kita ingin memesan masyarakat untuk bertaqwa jika hati kita sendiri masih berperasaan hasad, dengki, dan tutur kata kita masih hina dan keji? Seperti yang dikatakan oleh Amir as-Shu’ara’ Ahmad Syauqi di dalam syairnya yang disebut awal tadi. 

8 Kewibawaan integriti kita terkait rapat dengan kejujuran dan keikhlasan dalam kita membimbing masyarakat. Namun hari ini, semakin sukar bagi kita untuk mengekalkan kejujuran ini. Dunia hari ini adalah sebuah pentas sandiwara, dengan penggunaan media sosial yang berleluasa, yang boleh menggugat kewibawaan dan kejujuran kita. Setiap perbuatan yang dikongsikan di alam maya untuk menarik perhatian. Perlumbaan untuk pujian dan pemujaan manusia menjadi lumrah. Di saat ini, lebih sukar bagi kita untuk kekal jujur dan ikhlas dalam hubungan kita dengan Allah serta dengan umat manusia. Namun sebagai pemimpin agama, dalam usaha bermuhasabah, kita seharusnya menilai niat serta tujuan kita terlebih dahulu apa yang kita ingin kita memuat naikkan, kongsikan dan bincangkan di media sosial. Apakah tujuan dan maslahatnya? Adakah ia selaras dengan ajaran Islam serta mencerminkan kemurnian akhlak yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.?

9 Memang sukar untuk tidak terkesan dengan dunia yang semakin mementingkan kemasyhuran dan populariti individu. Namun, kita adalah pemimpin agama. Kita seharusnya terus mengingatkan diri kita tentang sikap rendah diri (tawadhu’) dan kesungguhan berkhidmat untuk masyarakat. Keperibadian kita yang sebenar terserlah bukan dengan apa yang kita pertontonkan di depan orang, tetapi melalui tindak tanduk kita sewaktu jauh dari pemerhatian manusia, dan ketika bersama keluarga masing-masing. Sebagaimana Nabi s.a.w. mengingatkan kita, sebaik-baik manusia merupakan yang paling baik kepada keluarga mereka sendiri. 

10 Kerana itu, adalah amat membimbangkan dan menyedihkan apabila kita mendapat berita tentang kes-kes yang menggambarkan hilangnya atau pudarnya integriti beberapa individu di kalangan kita, secara tidak langsung menimbulkan keraguan masyarakat terhadap kewibawaan para Asatizah. Walaupun hakikatnya ianya melibatkan sebilangan kecil daripada kita, namun ianya cukup untuk menjejaskan kepercayaan dan keyakinan sebilangan masyarakat pada kita sekalian. Sejak kebelakangan ini, timbul beberapa maklumbalas tentang penghinaan dan salahlaku terhadap wanita, termasuk para asatizah kita. Wajar bagi masyarakat untuk merasa khuatir bahawa ada kemungkinan tentang keterlibatan guru mahupun institusi agama dalam membentuk budaya keji ini, mungkin dengan sengaja atau pun tidak. Kerana itu, sebagai asatizah barisan kepimpinan keagamaan, kita perlu menangani perkara ini dan tidak boleh bersikap tidak endah ketika kehormatan wanita diperlekehkan dan dijadikan bahan ketawa, ataupun apabila mangsa dipersalahkan dan pelaku dipertahankan.

11 Kita mesti membasmi sikap dan budaya sedemikian dan mencetuskan perubahan positif dalam budaya norma kehidupan masyarakat. Kita perlu memastikan agama yang kita sampaikan kepada masyarakat memelihara kehormatan dan maruah setiap orang. Kita perlu mendidik masyarakat apakah kelakuan yang tidak boleh diterima serta bersikap tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang telah melampaui batas. Dalam perkara ini, ARS adalah institusi yang sangat penting. ARS membantu kita untuk memelihara dan memastikan integriti para Asatizah terus terpelihara. Insiden-insiden ini juga menunjukkan ARS perlu diperkuatkan lagi. Dan kita harus terus memberi sokongan kepada ARB yang tidak pernah kenal erti lelah dalam tanggungjawab mereka untuk memastikan setiap guru agama mempunyai kewibawaan integriti. Saya mengajak anda semua untuk kekal bersatu dalam usaha ini, demi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem dan kepimpinan keagamaan barisan Asatizah.

 

Kepimpinan Memerlukan Keberanian

12 Kedua, kepimpinan memerlukan keberanian. Di dalam situasi krisis, kepimpinan memerlukan keberanian moral dalam mencari huraian. Di perairan yang tenang, sebuah kapal akan dapat terus terapung dan bergerak dengan sendiri. Namun, ketika ribut melanda, kita perlu berganding bahu serta mengemudi kapal untuk membawa umat ke destinasi yang selamat. Cabaran yang kita hadapi dewasa ini amat rumit dan kompleks, dan seringkali jalan penyelesaiannya bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana itu, kita akan dapati kepelbagaian pandangan yang disuarakan masyarakat, yang menzahirkan harapan mereka yang pelbagai. Sebagai pemimpin, kita mendengar dengan teliti dan mencari penyelesaian dengan bekerjasama dengan pakar dalam isu yang ingin kita tangani. Kita tidak harus membataskan penyelesaian hanya pada apa yang kita pelajari dalam bidang pengkhususan kita. Pemimpin yang berkesan tahu dan akur bila mereka tidak mengetahui sesuatu. 

13 Tradisi keilmuan Islam telah dikembangkan oleh para ulama’ untuk berkurun-kurun lamanya, dan ianya kaya dengan kepelbagaian pandangan. Dalam situasi krisis, kita harus mencari panduan dan jalan keluar dari segenap penjuru. Bukan menyempitkan ruang penyelesaian dengan membataskan pencarian kita hanya kepada pandangan yang tertentu atau yang selesa dan selamat. Begitu juga, kita hendaklah memahami sifat masalah yang kita hadapi, supaya kita dapat pula mengenal pasti pakar yang dapat membantu kita dalam mencari penyelesaian yang terbaik. (الحكم على الشيء فرع عن تصوره) Isu pandemik sejagat ini merupakan satu krisis kesihatan awam yang memerlukan kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit atau epidemiologi. 

14 Asatizah kiram, ahl al-dhikr dalam krisis ini bukanlah kita para pakar agama, tetapi pakar perubatan dan para saintis. Mereka yang dapat mendidik kita tentang virus, bagaimana jangkitan terjadi, cara ia bermutasi, bagaimana vaksin berfungsi, dan sebagainya. Adalah satu musibah sekiranya agamawan mula berlagak seperti pakar penyakit berjangkit. Kepimpinan yang berkesan adalah kepimpinan yang tahu bila harus mereka bersuara, bila harus mereka berdiam, dan siapa rujukan yang sesuai ketika cabaran melanda. Ini adalah langkah pertama dalam mencari huraian yang tepat. Apabila kepimpinan kita berprinsip, tegas, berempati, berani dan ikhlas, norma-norma baru yang perlu, dapat diterima di dalam masyarakat kita, biarpun masih ada yang mahu menyangkal perubahan.

15 Pemimpin yang benar-benar memahami cabaran akan juga sentiasa menumpukan  kepada keutamaan walaupun terdapat banyak gangguan. Maka apabila lebih dari 3.5 juta nyawa telah terkorban dan 169 juta individu yang telah dijangkiti COVID-19, semestinya tiada prioriti yang lebih utama dari menyelamatkan dan melindungi nyawa manusia. Apabila ekonomi turut terjejas teruk, dan ramai yang hilang sumber kehidupan, tiada keutamaan lebih dari menjamin pekerjaan dan sumber nafkah. Kerana itu, adalah sangat penting untuk kita memahami Maqasid Syari’ah dengan cara yang betul dan tepat pada masa ini. Bagaimanakah kita memahami serta mengaplikasi konsep hifz al-din dalam konteks ini? Apakah cara-cara untuk kita terus memastikan agama kekal dipegang teguh sandaran moral dan kekuatan kerohanian kita, tanpa mengorbankan kepentingan hifz al-nafs

16 Alhamdulillah, kita telah saksikan keberanian anda dalam membuat beberapa penyesuaian dalam menghadapi krisis ini serta sokongan yang anda berikan kepada huraian yang diusulkan, walaupun pada mulanya ianya membuatkan kita berasa kurang selesa dan sukar untuk menerimanya. Namun, kemampuan kita untuk menyesuaikan diri adalah tanda kedayatahanan kita dalam mengharungi masa-masa sukar. Saya amat  bersyukur dan berbesar hati melihat sebahagian Asatizah mapan yang telah tampil ke hadapan untuk mengambil suntikan vaksin di peringkat awal ketika ia dilancarkan. Kita sedia maklum tidak mudah untuk melaksanakannya pada ketika perbahasan tentang kekeliruan mengenai vaksin yang digembar-gemburkan di media sosial. Saya amat bersyukur kerana Asatizah kita yang juga merupakan barisan pemimpin telah memilih untuk menjadi qudwah dalam meleraikan kekusutan ini, dan bukan memburukkan lagi krisis yang kita hadapi ini.

17 Cabaran serta dugaan hidup yang sangat rumit lagi kompleks akan terus wujud. Maka, kita perlu terus memberanikan diri untuk mencari penyelesaian yang inovatif berasaskan prinsip dan nilai-nilai agama kita. Kita tidak dapat bergerak secara persendirian. Malah, kita perlu saling mengadakan perbincangan dan mencari kekuatan bersama, melalui kepelbagaian pendapat dan pandangan di antara sesama kita. Saya telah berpeluang mengadakan dan menghadiri beberapa sesi perbincangan di mana para Asatizah bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang kita hadapi. Di akhir sesi-sesi sedemikian, saya berasa amat bersyukur dan bangga dengan kemampuan para pemimpin agama kita. Jawatankuasa Fatwa juga sentiasa memberi saya serta rakan kerja di Muis pandangan serta perspektif yang amat baik mengenai isu-isu yang mencabar. Semua ini adalah institusi penting yang telah dibina bersama kepimpinan asatizah dari generasi yang dahulu untuk masyarakat kita. Saya amat berharap agar para Asatizah dapat terus menyokong dan mendokong institusi-institusi ini demi kejayaan masyarakat kita. 


Kepimpinan Berteraskan Sifat Empati

18 Ketiga, kepimpinan berempati. Kepimpinan yang berkesan adalah kepimpinan yang dapat merasakan keperitan, kebimbangan, keprihatinan serta kegelisahan masyarakat. Inilah maksud sikap empati, apabila kita memerhatikan pengalaman dan perspektif orang lain, terutama mereka yang tidak mampu bersuara dan tidak memiliki sebarang kuasa. Terdapat pepatah yang menyatakan: Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait. Ia bermaksud kita harus beringat-ingat akan bahaya dan kesan sesuatu perkataan dan perbuatan yang akan meninggalkan impak yang negatif pada orang lain. Di dalam situasi krisis dan cabaran, kita seharusnya membawa harapan kepada masyarakat, bukan menimbulkan perpecahan atau membesarkan jurang perbezaan di antara kita. Pada saat ini, ramai di luar dan di kalangan kita yang bimbang dan takut akan masa depan yang tidak menentu. Sedihnya, terdapat mereka yang menambahkan lagi ketakutan ini - dengan menyatakan bahawa cabaran yang kita hadapi ini merupakan tanda kemurkaan Allah ke atas umat akhir zaman. Namun, ke manakah arah tujuan kita jika kita mengambil pendekatan sedemikian? Adakah kita ingin katakan kepada anak-anak dan generasi muda bahawa tiada harapan buat mereka dan bahawa mereka akan terus hidup dalam suasana kemurkaan Allah?

19 Maka kita seharusnya memberikan harapan kepada mereka lebih-lebih lagi pada masa krisis yang amat sukar dan mencabar ini. Lihatlah bagaimana Nabi s.a.w. mengajar untuk terus membawa harapan, walaupun dalam suasana yang tampaknya tiada harapan. Sabda Nabi saw juga: 

لا تكونوا إمعة، تقولون إن أحسن الناس أحسنا وإن ظلموا ظلمنا، 

ولكن وطنوا أنفسكم، إن أحسن الناس أن تحسنوا، وإن أساءوا فلا تظلموا

Janganlah kamu menjadi orang yang bersifat ikut-ikutan, seraya berkata: sekiranya manusia berbuat baik, kami juga akan berbuat baik. Dan sekiranya mereka berbuat kezaliman, kami juga akan melakukan hal yang sama. Akan tetapi, teguhkanlah pendirianmu (seraya berkata) sekiranya manusia berbuat baik, kami juga akan berbuat baik. (Sebaliknya) sekiranya mereka berbuat kezaliman, maka janganlah kamu berbuat kezaliman (yang sama). Hadis Riwayat at-Tirmidzi.

20 Sebagai pemimpin, kita harus membuat pilihan – sama ada untuk meredam lebih jauh dalam kegelapan, atau untuk memastikan cahaya kembali bersinar, hingga berakhirnya kemelut ini, dan mencetuskan perubahan positif lagi membina. Saya amat berharap agar kita semua memilih pilihan yang kedua. Kami ingin menyokong para Asatizah semua dalam menyebarkan lebih banyak pesanan yang penuh dengan harapan serta memberikan perspektif yang positif tentang cabaran yang kita hadapi. Ini agar masyarakat dapat melihat peluang serta harapan yang ada, dan bukanlah digerunkan oleh ancaman serta hidup dalam ketakutan. Sekiranya para Asatizah ingin melakukan sedemikian melalui wadah media sosial, dan memerlukan sokongan serta bahan rujukan, samada dari segi kandungan mahupun pengetahuan teknikal, kami sedia memberikan bantuan.

21 Asatizah, kita merupakan tunggak kepimpinan keagamaan bagi masyarakat kita. Apabila kepimpinan ini utuh, maka masyarakat juga akan turut utuh. Namun jika kepimpinan ini rapuh, maka masyarakat kita yang akan menerima padahnya. Harapan saya adalah supaya kita dapat mengharungi ujian ini bersama, menjadi lebih berdaya tahan dan bersatu, dengan tekad yang lebih mantap untuk melakukan sedaya kita untuk mentaati Allah serta berbakti kepada masyarakat dengan penuh integriti, keberanian dan empati.

22 Sebelum saya mengundur diri, sepertimana ada pembukanya, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun sebagai penutup bicara:

Mesra beramah di hari lebaran

Maaf diberi salam dihulurkan

Empati Asatizah lambang kerahmatan

Berani dan integriti asas kegemilangan

Semoga Allah memberkati pertemuan ringkas kita pada petang ini. Jangan lupa ya untuk menjaga kesihatan, jaga keselamatan diri anda dan ahli keluarga. Serta jangan lupa memohon doa kepada Allah agar diangkat waba’ ini dengan segera. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekarang izinkan saya untuk meneruskan segmen yang terakhir di dalam Bahasa Inggeris.

As Asatizah, our role as leaders is a public one, on a larger scale and with great impact and consequences. The community refers to us for guidance on how to lead their lives as good Muslims, and how to manage the multiple and often competing demands between life, on the one hand, and religion, on the other. As challenges become more complex, as choices become more diverse and complicated, and as the future becomes more uncertain, our guidance too will no longer be as straightforward. Our compact with the community can be easily undermined by doubts on the quality and credibility of our moral leadership. 

2 This is even more critical in times of crisis. In religious history, we often learn of times of great adversity and challenges. We too are part of a history which is being written now as a time of great trial and tribulation for humanity. How do we ensure that our moral leadership remains effective and credible? In my view, it requires three important qualities: Integrity, Courage and Empathy.

Integrity

3 Leaders are trusted and respected only in so far as they have impeccable integrity. As Asatizah, we are not an exception to this rule. No amount of Quran or Hadith that we memorise or outward manifestations of religiosity will replace our moral integrity. How do we think we can help the community get closer to God when our actions and behaviours are furthest away from God’s mercy and acceptance? As the prince of poetry Ahmad Shauqi said, “Nations are only as good as the morals that remain (in them). If their morals are gone, then so are they (gone too).”

4 Integrity is also about authenticity which is the embodiment of ihsan and ikhlas. In a world rampant with social media use, our quest for authenticity can be in great jeopardy. It is difficult to resist the temptation of fame and glory, but our true and authentic selves are observed far from the gaze of the public, in our private moments with our own families. As the Prophet s.a.w. says, the best amongst us are those who are the best in their own homes, to their families first.

5 It is with great concern that we hear of cases of the lack of integrity in our midst, such as cases of harrassment and disrespect to women, including to our female asatizah. These are still a minority of cases but enough to alarm and worry us. There are questions on what we could have done to prevent this, and how we should address this as a community. We cannot remain ambivalent when harming women is condoned as a joke, or when victims are blamed and perpetrators are let off. We need to re-educate our community, be very clear on what are unacceptable behaviours, and be firm in taking actions against those who have crossed the line. For these reasons, the ARS remains a very important institution. We need to continue to support the tireless and courageous work of the ARB so that we can strengthen it together. It is only when we take this very seriously that we can restore full faith and confidence in the system and in the moral leadership of Asatizah.

Courage

6 Challenging times require leadership that has the moral courage and fortitude to guide the community out of the crisis. Many challenges today are very complex and multi-faceted and often have no easy solutions. We need to recognise the limits of our abilities when we face unprecedented situations or problems of a different nature. We must know where to look for answers.

7 We also need to recognise the nature of the problems and identify the experts who can help us find solutions. The right diagnosis of a problem is part of the solution. (Al-hukm ‘ala syai’-in far’un ‘an tasawwurih) The global pandemic is a public health crisis. The real ahl al-dhikr in this crisis is not us, Asatizah, but medical experts and scientists. It is a great danger when theologians pretend to be epidemiologists. To be a good leader, we must know when to say that we do not know. 

8 Leaders who understand the challenges will also focus on what matters most. In a global pandemic, when more than 3.5 million lives have been lost and 169 million people infected, certainly there is no other priority but to save and protect lives and livelihoods. The right way to understand the Maqasid Syari’ah is extremely critical here. How do we interpret and apply hifz al-din, what are the new and innovative ways of keeping firmly to our faith yet not compromising on hifz al-nafs?  

9 Alhamdulillah, we have witnessed your courage in adjusting to a world in crisis and in supporting new solutions to the issues and challenges we faced. In fact, our senior Asatizah understood the purpose and importance of vaccination, and many took up the opportunity to be vaccinated as soon as it was available to them. I am grateful our Asatizah as leaders contribute to solve and overcome a challenge, not seek to worsen it with irresponsible behaviours by spreading fake news and rumours.

10 On many issues, I have immensely benefitted from conversations with fellow Asatizah. The Fatwa Committee which I chair too has always provided me and my colleagues at Muis with very good insights and perspectives on difficult issues at hand. These are important institutions of our community that I hope you will continue to support so that we can offer good solutions to many difficult and complex issues. 

Empathy

11 A very important part of our moral leadership is to be strongly connected to the community, to feel their pain, worries, fears and anxieties. As a popular Native American proverb goes, walk a mile in another man’s shoes before you criticise him. In these times of crises and great uncertainty, many are worried and some are genuinely fearful of the future. But there are those who are exploiting this fear and worsen it by relating these developments to God’s wrath and fury and the end of times. Are we telling our children and future generations that there isn’t much hope for them? We are so fortunate that this is not the guidance of the Prophet s.a.w. Listen to the Prophet s.a.w. as he describes the day of greatest fear, “When the day of judgment comes, and you have a seed or sapling in your hand, plant it if you can.” The Prophet asked us to think of the future. The Prophet asked us to think of the people who will come after us. The Prophet s.a.w. taught us to remain hopeful and to teach the community hope in doing goodness at all times. 

12 We can choose to dampen further the gloom that surrounds us, or enjoy the occasional ray of golden light that shines through the cracks in the clouds, because the storm will eventually pass. As moral leaders, I hope we will choose the latter. We also want to support you in making the right choice is disseminating more messages of hope and offer a positive take and perspective on the challenges that we face so that the community sees opportunities instead of threat, and hope in place of fear. If you wish to do this via social media, and need support and resources, whether in terms of content or technical know-how, let us know. We will provide support.  

Conclusion

13 This crisis that we are going through will be an important part of history. Have we done everything we can to save and protect lives and to help our community grow in confidence and flourish with contribution even in the most difficult times? Remember, a tree that has very strong roots is the one that continues to produce flowers and fruits, and offer fresh and clean air to the environment year after year. When the roots begin to rot, the tree withers and dies away. I am confident, with God’s help, that we will pass this test together and emerge stronger, united more than ever before, and with a greater desire and resolve to do our very best to serve God, community and country with integrity, courage and empathy.

Wallahu waliyyut taufik. Syukran lakum. Wa billahit taufiq wal hidayah. Wassalamu’alaikum Wr Wb.