Soalan Lazim

Pendaftaran MyHajSG

Soalan-soalan Lazim (FAQs)

[Bagi Pendaftaran Baru bermula 21 Feb 2023]

 

Kelayakan untuk Pendaftaran Haji

1) Siapakah yang boleh membuat pendaftaran Haji?

Semua Warganegara dan Penduduk Tetap (PR) Singapura dibenarkan untuk mendaftar bagi menunaikan Haji. Individu yang layak dan berusia di bawah 18 tahun perlu mendaftarkan diri bersama waris yang sah.

2) Saya seorang wanita berusia di bawah 45 tahun. Perlukah saya mendaftarkan diri bersama mahram?

Wanita di bawah usia 45 tahun dibenarkan untuk mendaftar bagi menunaikan Haji tanpa seorang mahram.

3) Bolehkah saya membuat pendaftaran sekiranya saya pernah menunaikan Haji dahulu?

Anda boleh mendaftar untuk menunaikan Haji sekali lagi, tetapi peruntukan untuk anda mendapatkan tempat bagi Haji hanya akan diberikan setelah anda memenuhi tempoh larangan 10-tahun.

Pendaftaran Haji

4) Bagaimanakah saya boleh membuat pendaftaran Haji?

Sila layari MyHajSG menerusi https://haj.muis.gov.sg. Klik untuk log masuk menggunakan Singpass anda, dan anda akan dihubungkan ke laman pendaftaran.

5) Bolehkah saya datang ke Muis untuk membuat pendaftaran Haji?

Tidak, anda tidak perlu berbuat demikian. Kami telah merekakan portal MyHajSG untuk membolehkan anda mengakses sistem tersebut di mana sahaja dengan mudah.

6) Mengapakah saya memerlukan akaun Singpass untuk mengakses MyHajSG?

Langkah ini selaras dengan usaha Pemerintah untuk menawarkan khidmat pemerintah secara digital bagi memudahkan rakyat. Singpass adalah selamat dan ia memastikan tiada pendaftaran palsu atau tidak sah dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

7) Bagaimana pula jika saya tidak memiliki akaun Singpass?

Anda boleh daftar untuk mendapatkan akaun Singpass di laman Singpass (https://www.singpass.gov.sg). Selain itu, anda juga boleh mengunjungi kaunter Singpass untuk mendapatkan bantuan. Dapatkan lokasi kaunter Singpass yang terdekat di https://go.gov.sg/singpass-counters.

8) Bolehkah saya menggunakan telefon bimbit untuk mendaftar?

Anda boleh menggunakan telefon bimbit anda untuk mengakses MyHajSG untuk mendaftar. Selain itu, anda juga boleh menggunakan sebuah komputer peribadi atau notebook untuk mengakses MyHajSG bagi mendapatkan pengalaman pendaftaran yang lebih baik.

9) Mengapakah saya harus mendaftarkan butiran Waris (NOK) saya ke dalam MyHajSG?

Penting bagi Muis untuk menghubungi anda seawal mungkin bagi perkembangan terkini mengenai Haji (cth., peruntukan tempat Haji anda). Justeru itu, kami menyarankan agar anda menamakan seorang individu lain sebagai alternatif yang boleh dihubungi sekiranya anda tidak dapat dihubungi secara peribadi.

10) Apa yang boleh berlaku sekiranya saya tidak mempunyai nombor telefon bimbit atau e-mel untuk didaftarkan ke dalam MyHajSG?

Kami amat menyarankan agar anda mendaftarkan nombor telefon bimbit dan dapatkan sebuah akaun e-mel. Selain itu, anda juga boleh menggunakan nombor telefon bimbit dan akaun e-mel Waris (NOK) anda. Muis akan mengirimkan surat pemberitahuan kepada NOK anda.

11)  Bolehkah saya mendaftarkan anak saya sesudah saya mendaftar diri?

Anda boleh mendaftarkan anak anda sesudah anda selesai mendaftarkan diri anda. Namun, pendaftaran anda akan digilirkan dalam senarai mengikut tarikh pendaftaran anak anda.

Membentuk Kumpulan

12) Saya ingin menunaikan Haji bersama anggota keluarga atau teman-teman yang sudah mendaftarkan diri. Bolehkan saya membentuk sebuah kumpulan bersama mereka?

Anda boleh membentuk sebuah kumpulan bersama anggota lain yang sudah mendaftarkan diri. Anda harus maklum bahawa tarikh pendaftaran bagi seluruh kumpulan akan mengikut tarikh pendaftaran ahli berdaftar yang terkini.  

13) Apakah jumlah pendaftar maksimum dalam sesebuah kumpulan?

Jumlah maksimum sebuah kumpulan adalah sebanyak 10 orang pendaftar.

14) Apakah butiran yang perlu saya miliki sebelum mengundang pendaftar lain ke dalam kumpulan saya?

Anda perlukan nombor NRIC dan pendaftaran Haji mereka untuk membentuk sebuah kumpulan.

15) Bolehkah saya mengundang seorang pendaftar dari kumpulan lain untuk menyertai kumpulan saya?

Tidak, anda tidak boleh berbuat demikian kecuali pendaftar tersebut meninggalkan kumpulannya sebelum menerima sebarang undangan untuk menyertai kumpulan lain.

16) Adakah anggota kumpulan saya akan diberitahu bahawa saya telah mengundang seorang anggota baru untuk menyertai kumpulan kami?

Ya, anggota kumpulan anda akan menerima notifikasi bahawa anda telah mengundang seorang anggota baru ke dalam kumpulan anda. Mereka perlu meluluskan undangan anda terlebih dahulu sebelum notifikasi dapat diberikan kepada anggota yang diundang untuk menerima undangan bagi menyertai kumpulan anda.

17) Apakah yang akan berlaku sekiranya salah seorang anggota kumpulan tidak bersetuju dengan undangan anggota baru itu?

Setiap undangan mempunyai tempoh sah selama 14 hari sahaja. Undangan tersebut harus diluluskan oleh kesemua anggota kumpulan dalam tempoh yang diberikan bagi mengelak sebarang pembatalan undangan secara automatik oleh sistem MyHajSG. Tiada perubahan pada status kumpulan anda bagi sebarang pembatalan undangan yang baru.

18) Apa yang akan berlaku sekiranya saya mengundang seorang anggota baru yang memiliki tarikh pendaftaran yang lebih lewat berbanding anggota lain dalam kumpulan?

Anda perlu maklum bahawa tarikh pendaftaran bagi seluruh kumpulan akan mengikut tarikh pendaftaran terakhir dalam kumpulan. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berbincang dengan anggota kumpulan sebelum membuat sebarang undangan.

19) Tarikh pendaftaran kumpulan adalah lebih lewat dari tarikh pendaftaran saya yang asal. Bolehkah saya menarik diri dari kumpulan dan mendapat kembali tarikh asal?Anggota baru kumpulan tersebut boleh meninggalkan kumpulan dan tarikh pendaftarannya akan ditukar kembali kepada tarikh yang asal.

20) Saya ingin meninggalkan kumpulan saya. Perlukah saya dapatkan persetujuan daripada anggota lain?

Anda boleh meninggalkan kumpulan tanpa memerlukan persetujuan anggota kumpulan anda.

Pembayaran

21) Berapakah yuran pendaftaran Haji?

Jadual bi bawah menyenaraikan yuran pendaftaran untuk tempoh pendaftaran anda, Harap maklum bahawa yuran pendaftaran tertakluk kepada kadar GST semasa.

 Tempoh          Yuran Pendaftaran             
 31 Dis 2023 & Sebelum         $240.00
 1 Jan 2024 - 31 Dis 2025  $285.00
 1 Jan 2026 seterusnya  $330.00

Setiap yuran pendaftaran Haji yang dibayar bertujuan untuk menampung peningkatan kos pentadbiran pendaftaran haji, mengekalkan rekod pemohon, menyediakan kemas kini kepada pemohon dalam barisan menunggu dan memproses peruntukan tempat haji.

22) Apakah kaedah pembayaran yang diterima MyHajSG?

Memandangkan MyHajSG sebuah portal talian, ia hanya menerima pembayaran menerusi kad debit/kredit atau PayNow. Bayaran secara tunai tidak diterima.

23) Adakah saya akan diberikan sebarang pemberitahuan setelah bayaran diterima?

Anda akan diberikan e-resit dalam tempoh 1 hari bekerja menerusi SMS dan notifikasi e-mel.

24) Bolehkah saya membatalkan pendaftaran Haji saya?

Anda boleh membatalkan pendaftaran Haji anda, namun yuran pendaftaran anda tidak akan dipulangkan bermula dari 21 Feb 2023.

Permintaan Untuk Menunaikan Haji Lebih Awal

25) Bolehkah saya membuat permintaan atau rayuan untuk menunaikan Haji lebih awal?

Sejak Haji 2019, kami tidak lagi menerima permintaan dan rayuan untuk menunaikan Haji lebih awal. Kami mengamalkan dasar yang ketat yang dahulu-didahulukan oleh kerana jumlah tempat Haji yang terhad dan jumlah pemohon yang begitu banyak.

Pertanyaan Lanjut

26) Bagaimanakah saya boleh menghubungi Pegawai Haji untuk membuat pertanyaan lanjut?

Anda boleh emel mereka di haj@muis.gov.sg sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau memerlukan bantuan lanjut. Sila taip 'Haj Registration' di ruang subjek emel anda.

 

 

 

=================================================