Advisory on Eclipse Prayer 2014 (Malay)

IRSYAD MELAKSANAKAN SOLAT GERHANA
Pejabat Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura
Pendahuluan
  1. Solat sunnat gerhana dilaksanakan apabila terjadinya gerhana bulan ataupun matahari. Hukumnya adalah sunnah muakkadah dan ia boleh dilakukan secara persendirian atau berjamaah.

  2. Mula solat gerhana dilakukan dengan bermulanya gerhana bulan ataupun matahari. Jika seseorang itu terlepas dari waktu, dan telah selesai gerhana bulan atau matahari maka tidak perlulah diqadha’.

  3. Jika dilakukan secara berjamaah selepas solat, hendaklah imam bangun untuk menyampaikan dua khutbah. Rukun dan syarat khutbah gerhana sama dengan rukun dan syarat khutbah Jumaat.
    Cara Solat Gerhana
  4. Terdapat dua cara melakukan solat gerhana. Cara yang ringkas: Hendaklah dilakukan seperti solat sunnat yang lain. Dengan melakukan 2 rakaat beserta satu salam.

  5. Cara yang panjang: Melakukannya sebanyak 2 rakaat. Pada setiap rakaat dilakukan 2 kali ruku’ dan dua kali fatehah. Dimulakan dengan fatehah dan bacaan surah yang panjang kemudian ruku’ dan I’tidal. Setelah itu bacalah surah Alfatehah dan bacaan surah yang panjang juga, kemudian ruku’ dan i’tidal sekali lagi. Kemudian barulah sujud. Cara ini hendaklah dilakukan untuk raka’at yang kedua.

  6. Setelah selesai hendaklah Imam bangun untuk menyampaikan dua khutbah.

 

Pejabat Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura