Dunia Amanah Pencipta Kepada Manusia

  • Kehidupan dan dunia ini adalah satu amanah dari Sang Pencipta kepada manusia. Allah menyerahkan amanah ini kepada manusia kerana Dia yang mencipta dunia dan manusia. Allah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Dan Dia turut mengetahui akan kemampuan manusia dalam menjalankan amanah ini.

     

     

  • Ketika kita memelihara alam ini, kita menjalankan amanah ini serta melakukan ibadah kepada Allah. Dan kita bertakwa kepada Allah dalam kita menguruskan amanah ini. Kita ingin mewariskan alam yang dipinjamkan kepada kita kepada generasi seterusnya dalam keadaan terbaik. Inilah tanda syukur kita kepada Allah yang mengamanahkan kita. Dan inilah tanda ibadah dan takwa kita kepada Allah.

     

     

  • Ayuh, marilah sama-sama kita menjaga amanah ini, sebagai Khalifah di muka bumi Allah. Kita memelihara alam daripada segala bentuk pencemaran. Kita menjaga kesinambungan kehidupan yang bersih dan cukup. Kita mewariskan alam yang lebih baik dan sejahtera untuk generasi-generasi seterusnya, agar mereka juga boleh terus hidup sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur, dan menjalani kehidupan ini sebagai hamba Allah dan Khalifah, demi kesejahteraan kehidupan di dunia dan Akhirat.