Sifat Mahmudah: Bersyukur

  • Pada saat ini, lebih-lebih lagi kita diingatkan untuk mengimbas kembali segala nikmat kurniaan Allah s.w.t. dan melihat kepada aspek yang positif di sebalik ujian tersebut. Kerana kemanfaatan buat mereka yang bersyukur, sebenarnya kembali kepada dirinya sendiri.

     

     

  • Kerana apabila seorang hamba itu bersyukur, akan tercetus di dalam dirinya perasaan yang positif. Maka walaupun beliau sekarang ini lagi diuji Tuhan, akan tetapi apabila beliau bersyukur, akan tercetus di dalam dirinya rasa insaf kepada Tuhan.

     

     

  • Ambillah peluang dan kesempatan ini untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Kadangkala kesibukan sehariannya, menjadi batu penghalang dari kita meluangkan masa dengan keluarga. Mungkin ada di antara kita yang ingin menyelesaikan sesuatu tugasan, menguasai sesuatu ilmu, ataupun mengkhatamkan al-Quran serta menghayati isikandungnya.