Uswatun Hasanah – Risalah Rahmah

  • Cinta kepada baginda Nabi (s.a.w.) merupakan sebahagian dari tanda keimanan. Cinta kepada Baginda bukan hanya dengan sekadar kata-kata sahaja. Akan tetapi ia hendaklah dibuktikan dengan amalan dan pekerti, serta mencontohi apa yang dibawa oleh Nabi (s.a.w.).

     

     

  • Sekiranya kita menelusuri sirah Nabi (s.a.w.), lalu kita meneliti satu persatu keputusan yang diambil Baginda (s.a.w.) dalam mengurus masyarakat, kita akan mendapati bagaimana Nabi (s.a.w.) sentiasa memilih pendekatan yang membawa kepada perpaduan serta kesepakatan. Selagimana ada peluang untuk berdamai dan berunding serta bekerjasama, ia merupakan satu pilihan utama Baginda. Walaupun ada di antara sahabatnya yang tidak sependapat dengan pilihan tersebut.

     

     

  • Alhamdullilah, pengamalan agama kita di Singapura merupakan satu pengamalan yang sejauh ini berteraskan prinsip wasatiyah. Prinsip yang menggalak sikap melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Sikap yang bijak mengimbangi keperluan yang utama. Sikap yang mencerminkan keihsanan kepada semua orang.