Kepentingan Mepertingkatkan Ilmu

  • Meraih ilmu agama yang sahih adalah sebahagian daripada agama kita. Melaluinya kita dapat meningkatkan kualiti amal ibadah. Serta menjadi individu yang lebih baik serta bermanfaat dan menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan. Ini kerana ia merupakan antara usaha kita untuk terus mendekatkan diri dengan Tuhan.

     

     

  • Pastikan kita mengambil ilmu daripada pelbagai guru dan bukan seorang sahaja. Ini akan mendedahkan kita kepada pelbagai pendapat dan perspektif, serta mematangkan pemikiran dan kerohanian kita sebagai seorang penuntut ilmu. Adalah merupakan tradisi para ulama kita juga untuk mencedok ilmu daripada pelbagai guru.

     

     

  • Pastikan kita mengambil daripada guru yang menonjolkan adab yang mulia serta mengamalkan ajarannya. Seorang guru agama haruslah menjadi contoh akhlak yang terpuji. Beliau seharusnya membangunkan dalam diri kita perasaan cintakan kebaikan dan kesopanan, membangun kebijaksanaan kita, membantu kita untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan insan di sekeliling.