Keindahan Istiqamah

  • Sebagai seorang mukmin, meskipun kita diuji dengan pelbagai cabaran dan tekanan, kita tetap meyakini bahawa setiap penularan wabak ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ekonomi dan kehidupan kita.

     

     

  • Ujian ini telah banyak mengajar kita untuk kekal konsisten dalam pelaksanaan ibadah. Kita sama-sama telah menghidupkan amalan berjemaah di rumah sepanjang Ramadan lalu sungguhpun kita tidak dapat beribadah di masjid.

     

     

  • Kita turut menyaksikan lebih ramai individu dan anggota masyarakat yang telah tampil ke hadapan untuk menghulurkan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ujian ini sama sekali tidak menghalang kita dari melakukan kebaikan. Malahan, ia membakar semangat kita untuk beristiqamah melakukan kebaikan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.