Ramadan: Bulan Kembali Kepada Fitrah

  • Sebagai insan beriman, pastinya hati kita telah tersentuh dengan kelembutan Ramadan ini, saudara. Kita telah merasakan kebahagiaan dan keindahannya. Kita telah menikmati kemuliaan dan keagungannya. Telah kita hirup lautan kedamaian disebalik segala keresahan yang masih mencengkam jiwa.

     

     

  • Ayuh! Mari kita kejar dan rebut baki kesempatan yang ada. Masa yang tinggal sedikit ini, kita isikan dengan banyak mengingati Allah, saudara. Jangan jadi orang yang leka di bahagian terakhir perjalanan amal ibadah kita. Takut kalau-kalau segala penat lelah kita sepanjang hampir empat minggu ini akhirnya tidak ke mana. Sebaliknya, sibukkan diri dengan doa dan istighfar.

     

     

  • Renungan diri seperti ini adalah muhasabah yang amat perlu kita lakukan di penghujung Ramadan ini, agar benar-benar kita kembali kepada fitrah suci kita sebagaimana asal kita diciptakan Allah. Kita menyemak kembali bagaimana pelaksanaan dan pencapaian ibadah puasa kita sejak awal Ramadan tempoh hari.