Mencontohi Rasulullah ﷺ dalam hidup kemasyarakatan

  • Kehidupan bermasyarakat ini, walaupun nampaknya merupakan satu perkara lumrah, akan tetapi padanya terdapat cabaran yang tertentu. Pastinya terdapat cabarannya ketika kita berurusan dengan masyarakat, ataupun jiran tetangga.

     

  • Hubungan sosial yang Baginda (s.a.w) jalinkan adalah berpaksikan kepada sikap saling hormat menghormati dan sayang-menyayangi. Nabi (s.a.w) memilih untuk tidak melihat kepada keburukan dan kekurangan mereka yang berada di sekitarnya.