Meningkatkan Kerohanian di Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah salah satu dari empat bulan yang dikhususkan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. sebagai bulan haramMenurut sebahagian mufassir (ulama tafsir) seperti Ibn Kathir, bulan-bulan ini iaitu bulan Zulkaedah, Zuhijjah, Muharram, dan Rejab dinamakan sebagai bulan haram kerana kelebihan dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Para ulama menganggap bulan Rejab sebagai pembuka musim kebaikan dan keberkatan.

Sebagai umat Islam, bulan Rejab merupakan checkpoint untuk kita merenung sejenak, mengingatkan diri untuk memperbaiki hubungan dengan Allah, dan menyiapkan diri untuk meningkatkan amal.