Agama Memartabatkan Wanita

  • Pada saat dan ketika ini, perlu untuk kita berhenti seketika lalu memerhatikan pengajaran yang begitu penting di sebalik ayat-ayat ini. Bayangkan saudaraku, Allah (s.w.t.) memerintahkan setiap individu Mukmin, untuk menjadikan kedua wanita ini sebagai contoh teladan. Sekiranya kita mengkaji sejarah kehidupan kedua-dua individu mulia ini, kita akan mendapati beberapa sifat dan ciri yang luar biasa pada diri mereka.

     

     

  • Inilah ajaran Islam. Agama yang memberikan kepada kedua-dua lelaki dan wanita peluang yang sama untuk meraih darjat yang tinggi di sisi Tuhan. Ketika Nabi (s.a.w.) diutuskan Tuhan, Baginda menghapuskan segala bentuk kekejaman, ketidakadilan dan penderitan terhadap wanita. Kedudukan serta martabat mereka dimuliakan. Sehinggakan Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa berlaku baik terhadap kaum wanita.

     

     

  • Di sini letaknya kepentingan setiap individu Mukmin untuk mempelajari ilmu agama dan memahaminya dengan betul daripada seorang guru yang bertauliah. Agar kefahaman agama kita kekal di jalan yang benar dan selamat daripada sebarang salah faham.