Keperibadian Rasulullah s.a.w Tidak Hasad

  • Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh bagi setiap insan yang beriman. Di antara akhlak baginda s.a.w yang seharusnya menjadi renungan kita bersama, adalah bagaimana baginda s.a.w. tidak pernah bersifat dengki terhadap sesama insan lain.

     

     

  • Sifat hasad dan dengki ini adalah sebahagian dari sifat-sifat mazmumah iaitu sifat yang buruk. Ia juga merupakan racun yang hanya akan memakan diri sendiri, serta merosakkan hubungan baik sesama manusia.

     

     

  • Ketahuilah bahawa sifat hasad ini akan timbul, apabila kita gagal memahami bahawa setiap yang baik itu adalah kurniaan Allah s.w.t. kepada hambaNya.