Menunaikan Zakat Demi Keadilan Sosial

  • Kepentingan ibadah zakat, yang merupakan rukun Islam yang ketiga, adalah antara perkara yang tidak dapat dinafikan lagi. Melaluinya, kita dapat melindungi mereka yang kurang bernasib baik, golongan fakir dan miskin, serta institusi keagamaan kita.

     

     

  • Ibadah zakat bukan sahaja melahirkan sikap rahmah dan ihsan dalam diri kita, bahkan melaluinya kita memahami kepentingan keadilan dan keseimbangan sosial. Ini kerana, zakat memastikan bahawa kekayaan dan kesenangan dalam masyarakat itu, tidak sekadar berlegar di antara sebahagian golongan sahaja.

     

     

  • Di Singapura, kita bersyukur kerana melalui dana zakat yang terkumpul, kita dapat memelihara kemaslahatan masyarakat. Dana zakat telah dapat memberi sinar harapan kepada golongan fakir dan miskin. Mereka disokong menerusi bantuan wang bulanan yang diberi. Juga membuka peluang bagi pelajar yang ingin meneruskan pendidikannya. Dan sebagainya daripada pelbagai inisiatif baik yang termasuk antara usaha yang menyokong asnaf zakat.