Al-Quran Penawar dan Peringatan Bagi Hati

  • Al-Quran dan Ramadan tidak dapat dipisahkan. Bulan Ramadan adalah bulan di mana al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.). Dan sempena kita menyambut malam turunnya al-Quran, yang akan berlangsung pada minggu hadapan, kita sentiasa diingatkan bahawa al-Quran merupakan satu petunjuk, pengajaran serta kasih sayang Allah buat mereka yang beriman.

     

     

  • Sebagai seorang Mukmin, ia sangat penting bagi kita untuk berusaha mendekatkan diri kepada al-Quran, bukan sekadar membacanya, tetapi menghayati dan juga mengamalkan isi kandungannya. Lihat sahaja contoh teladan yang dipaparkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Apabila Aisyah (r.a.) ditanya berkenaan akhlak Baginda (s.a.w.). Beliau turut menjawab bahawa akhlak Nabi (s.a.w.) adalah al-Quran. (Hadis riwayat Imam Muslim).

     

     

  • Maka marilah kita memulakan langkah-langkah kecil untuk membina hubungan dengan kitab suci al-Quran. Bagi yang belum pandai membaca, tanamkan tekad untuk mula mempelajari membacanya. Yang sudah pandai membaca, apa kata kita berusaha untuk menghayati dan memahami isi kandungan al-Quran.