Syaaban: Beramal Pada Masa yang Sering Dilalaikan

Hari ini merupakan 1 Syaaban. Bermakna, bulan Ramadan akan menjelang sebulan dari sekarang. Mungkin ramai antara kita,  tanpa sengaja, memberikan lebih perhatian bagi persiapan Ramadan, berbanding bulan Syaaban.

Sehubungan dengan itu, mimbar ingin mengusulkan dua langkah baik yang boleh kita pertimbangkan:

Yang pertama: Manfaatkan bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan amalan, seperti berpuasa sunat, membaca Al-Quran, berzikir, memperbanyakkan solat, dan bersedekah.

Yang kedua: Cari peluang untuk beramal pada waktu-waktu yang dilupakan manusia. Contohnya, di sepertiga malam yang terakhir, antara solat Maghrib dan Isyak, dan juga di bulan Syaaban ini.