Mengenali Baginda s.a.w.: Sikap Rendah Diri

  • Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang insan yang sangat mulia keperibadiannya dan indah akhlaknya. Setiap dari kita pastinya terdorong untuk mencontohi keperibadian Baginda s.a.w. dengan kita menghayati sirah Baginda.

     

     

  • Seorang yang beriman dan berilmu akan melakukan yang terbaik untuk melindungi dirinya dari sikap sombong dan angkuh. Seorang yang berilmu tidak akan membiarkan dirinya dikaburi dengan sifat sombong sehingga menganggap ilmunya serta pendapatnya sahaja yang betul dan pendapat orang lain semuanya salah. Seorang yang beriman juga akan memelihara tutur katanya dari keburukan dan keangkuhan.

     

     

  • Sikap merendah diri merupakan kunci kepada segala pintu kebaikan dan dapat memelihara hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Ia dapat menyedarkan diri kita bahawa segala yang ada pada kita sebenarnya datang dari Allah s.w.t. kerana Allah yang memiliki segala-Nya.