Ramadan: Bulan Rahmah Buat Semua

  • Jika kita jelas memahami betapa rahmah itu merupakan nilai teras di dalam akidah dan pegangan agama kita, maka sewajarnya kita bersyukur kepada Allah kerana dianugerahkan keistimewaan menjadi umat Islam.

     

     

  • Allah Maha Pengasih dalam mengatur kehidupan hamba- hambaNya, dan Maha Bijaksana dalam menentukan qada’ dan qadarNya. Sama ada takdirNya itu berupa sesuatu yang menyenangkan, mahupun yang ditakdirkanNya itu mengakibatkan kesukaran. Rahmat Allah tetap terpancar di sebalik musibah yang melanda.

     

     

  • Orang-orang yang diuji dengan musibah itu masih tetap dilimpahkan rahmat Allah, walaupun terasa peritnya. Ketahuilah, saudara, bahawa mereka yang zahirnya terlepas daripada musibah tersebut pula sebenarnya turut diuji Allah juga, sama ada mereka sudi menghulurkan rahmah dan keihsanan kepada mereka yang sedang dalam keperitan.