Faraid dan Kemaslahatan Keluarga

Allah s.w.t. yang menetapkan perundangan berhubung harta pusaka atau faraid. Dan apabila sesuatu itu ditetapkan oleh Yang Maha Mengetahui, pasti sekali ada kebaikannya.

Allah s.w.t. turut menganjurkan agar sebahagian kelebihan harta yang diperolehi setelah difaraidkan, dikongsi bersama ahli keluarga lainnya, termasuk  mereka yang bukan pewaris.

Selain Faraid, terdapat beberapa instrumen perancangan harta yang boleh juga dimanfaatkan oleh pemilik harta semasa hidupnya, seperti wasiat, nominasi hibah, dan sebagainya.