Istiqamah: Kunci Kejayaan Dalam Kehidupan

  • Istiqamah dalam melaksanakan amalan merupakan tahap pertama yang dilalui setiap individu Mukmin. Biarpun sedikit amalannya, asalkan berterusan. Sekiranya sudah menjadi kebiasaan untuk bersedekah di masjid, maka jadikan ia amalan yang berterusan. Sekiranya anda tidak pernah meninggalkan solat sunnah, tidak pernah terlupa menziarahi ibu dan ayah, membantu mereka yang memerlukan. Pastikan anda melaksanakannya secara berterusan.

     

     

  • Seorang Mukmin tidak akan berhenti di situ sahaja serta merasakan bahawa amalannya itu cukup. Malah, dia akan terus berusaha untuk mencari jalan dan peluang untuk memastikan adanya peningkatan dalam amalan dan ibadahnya. Sebagai contoh, dia akan berusaha untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah bersama keluarga berbandingkan solat bersendirian, menambah serta mengamalkan sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.) yang lain dalam kehidupan seharian, dan sebagainya.

     

     

  • Janganlah berputus asa dengan Allah. Kenanglah segala kurniaan-Nya buat kita. Bersyukurlah di atas nikmat-nikmat yang telah Allah berikan. Teruskanlah beramal dan dekatkan diri kepada-Nya agar kita tidak berasa bersendirian. Ingatlah bahawa istiqamah adalah kunci kejayaan dalam kehidupan.