Menghayati Maksud Ibadah Yang Lebih Menyeluruh Sumbangan Dan Bakti

 

  • Hakikat ibadah yang sebenarnya jauh lebih luas dan menyeluruh maknanya. Ia meliputi sikap serta tingkah laku kita dalam berinteraksi dengan makhluk ciptaan yang Maha Esa. Melalui niat yang ikhlas, suatu amalan kebiasaan, boleh merubah menjadi ibadah.
  • Nabi (s.a.w) mengajar kita, bahawa di mana sahaja kita berada, selagi mana terdapat peluang untuk menyumbang, di situ seharusnya kita menaburkan bakti.