Memperbaiki Tabiat dan Kebiasaan

Islam memandang rutin dan kebiasaan sebagai sebahagian daripada cara kita mentarbiah diri. Sebagai contoh, rutin kita melakukan solat 5 kali dalam sehari, kelaziman solat Jumaat setiap minggu, dan rutin berpuasa di bulan Ramadan. Setiap kebiasaan ini mendidik jiwa kita supaya mempunyai kesedaran dan kawalan diri ke arah yang lebih baik, serta mendisiplin diri kita dalam mengisi masa dengan aktiviti yang tidak melanggar ketetapan Allah. 

Memberikan perhatian untuk membentuk tabiat dan kebiasaan secara sedar, akan memberikan kesan bagaimana kita mengisi nikmat masa yang diberikan oleh Allah s.w.t. Seorang Mukmin yang sejati sentiasa mengambil peluang untuk mengisi masa lapangnya dengan perkara yang bermanfaat.