Cerminan Sunnah Dalam Kehidupan Berkeluarga

Tiga aspek kehidupan Rasulullah yang boleh diterapkan dalam keluarga kita Beberapa contoh sebagai panduan kita bersama bagi mencapai kemaslahatan umum:

Pertama: Kemesraan Rasulullah s.a.w. bersama keluarga. Bagi yang bergelar suami, ini adalah peluang anda menggayakan sunnah nabi dan sekaligus menjadi suami mithali.

Kedua: Rahmat dan kelembutan. Bagi yang bergelar bapa, yang lebih dewasa dan golongan senior, inilah peluang anda menjadi contoh keperibadian Muslim yang baik untuk generasi muda.

Ketiga: Menghormati golongan tua. Bagi generasi muda, inilah peluang anda menyantuni mereka yang lebih berusia.