Memupuk Sifat Kepedulian Dalam Diri

  • Segala penyesuaian yang kita lakukan tersebut telah menyuburkan dalam jiwa kita sifat kepedulian sesama kita. Sifat yang sentiasa menginginkan kebaikan serta kemanfaatan bagi insan lain. Kita menyokong antara satu sama yang lain dan tidak pernah sama sekali ingin menjatuhkan, memudaratkan ataupun menghancurkan sesiapa sahaja.

     

     

  • Sebagai satu masyarkat, kita memainkan peranan bersama untuk membantu dan menyokong mereka yang terjerumus ke dalam kancah dadah, untuk mengatasi ketagihan ini. Ia merupakan salah satu cara untuk kita menerapkan sifat kepedulian yang dititikberatkan oleh Baginda (s.a.w.).

     

     

  • Sebagai contoh, sekiranya anda mendapati seseorang yang berhadapan dengan masalah ini, secara langsung ataupun tidak, setentunya mereka memerlukan kepada bantuan. Mukmin yang peka, tidak akan berdiam diri, berpeluk tubuh. Bahkan berikan dorongan kepada mereka untuk mendapat bantuan profesional untuk menangani isu ini. Seperti Khidmat Pengurusan Ketagihan Nasional (NAMS) ataupun dengan melungsuri lelaman cnb.gov.sg.