Islam Dan Perubatan

  • Sebagaimana penting kita menjaga pemakanan yang halal dan baik, demikian jugalah penting kita menjaga kepentingan perubatan, sama ada sebagai perubatan atau pencegahan. Walaupun sedemikian, kita perlu memahami beberapa perbezaan antara perubatan dengan pemakanan. 

     

     

  • Untuk pemakanan, terdapat pelbagai makanan halal serta alternatif yang boleh kita pilih. Penghasilannya juga secara relatif mudah. Sedangkan bagi perubatan, terdapat keperluan dan keterbatasan alternatif. Perubatan merawat dan mencegah. Vaksin termasuk dalam perkara perubatan ini. Penghasilan vaksin adalah terhad dan memerlukan masa untuk ditemui, dihasilkan dan diagihkan. 

     

     

  • Para ulama membahaskan perbezaan kepentingan dan tujuan perubatan. Hukum perubatan akan mempertimbangkan prinsip dan tujuan atau daruriyyat syar’iyyah, prinsip etika Islam, dan keperluan insan kepada perubatan tersebut, dan tidak hanya kepada aspek kandungan dan pemprosesan sesuatu perubatan dan sebagainya.